Tuesday, February 8, 2011

homeMade KueyTiaW

Like2 TO SHARE from MyRecipi with those far away from home and cannot get the kuey tiaw !!!  the frying will post later ...




BAHANnya  ( satu kilo )


350 tepung gandum

150gm tepung beras

1 biji putih telor

200 ml air

tepung ubi secukupnya

minyak secukupnya

air untuk merebus

garam secukupnya

CARAnya

Cara-cara 1.Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkok adunan dan uli doh. Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya) 2.Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih 3.Abil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1 dan putar (makin banyak tepung maka akan lebih panjang kuey teownya) 4.Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (saya buat sehingga no4 atau no5) 5.Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis 6.Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow) 7.Terus memotong sehingga adunan habis 8.Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit2 atau muat tapisan-periuk) 9.Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul - angkat dan toskan 10.Letakkan kuey teow yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain) 11.Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan.

No comments:

Post a Comment